Untuk model kali ini, ia ditawarkan dalam dua pilihan cip pemproses iaitu SQ3 Arm-Powered 5G dengan NPU atau cip Intel Core Gen-12 dengan eGPU. Peranti ini dilengkapi dengan skrin sentuh PixelSense Flow bersaiz 13-inci dengan resolusi 2880 x 1920. Menyokong paparan dinamik 120Hz dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5.
Untuk sokongan sambungan, Surface Pro 9 5G didatangkan dengan 2x USB-C Port 3.2 dan satu slot kad SIM jenis nano bersama port Surface Connect dan juga papan kekunci surface. Ia juga masih menyokong stylus pen Surface Slim Pen 2. Sementara untuk Surface Pro 9, ia hadir dengan sambungan Thunderbolt 4. Dari segi penggunaan bateri, kedua-duanya menawarkan masa penggunaan sepanjang hari.
Untuk harga jualan, Surface Pro 9 akan dijual pada tanda harga bermula RM4,687 ($999.99), manakala untuk Surface Pro 9 5G pula dijual pada tanda harga bermula RM6,094 ($1,299.99). Buat masa ini, Microsoft belum lagi mendedahkan harga jualan untuk pasaran Malaysia.