Close

Tesla memperkenalkan prototaip robot berbentuk manusia

Pada acara artificial-intelligence Tesla Inc, Elon Musk telah memperkenalkan prototaip robot humanoid berbentuk manusia yang dikenali sebagai Optimus atau Tesla Bot.


Melalui prototaip yang diperlihatkan, robot tersebut boleh berjalan dan juga melambaikan tangannya. Menurut Elon Musk lagi, robot tersebut sebenarnya boleh melakukan lebih banyak perkara daripada apa yang di tunjukkan.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah seperti menyiram pokok dan melakukan kerja operasi seperti mengangkat barang dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, robot ini masih lagi dalam fasa pembangunan awal dengan pelbagai perkara perlu diperhalusi. Selain itu, konsep prototaip ini dikatakan akan berkembang dari semasa ke semasa.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh yang didedahkan oleh Elon Musk mengenai pelancaran robot tersebut. Namun, matlamat mereka adalah untuk membuat robot humanoid yang berguna secepat mungkin.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN