Close

TIME perkenalkan pakej internet baharu dengan harga RM379 sebulan

TIME kini sedia menawarkan pakej internet baharu dengan kelajuan sehingga 2Gbps, yang mana pakej tersebut ditawarkan pada harga RM379 sebulan.


Melalui pakej ini, pengguna bukan sahaja akan menerima sebuah penghala, tetapi akan turut menerima dua mesh Wi-Fi 6 secara percuma. Jika anda melanggan melalui laman web rasmi TIME, anda bakal menerima baucar eWallet Touch ‘n Go yang bernilai RM200.

Walaubagaimanapun, pakej 2Gbps ini hanya tersedia di beberapa kawasan terpilih sahaja dan akan diperluaskan secara berperingkat. Untuk makluman, pakej ini menawarkan kelajuan muat-turun 2Gbps dan muat-naik 500Mbps.

TIME turut menawarkan perkhidmatan pemasangan pada hari yang sama sekiranya pendaftaran dibuat sebelum jam 10 pagi. Tetapi, penawaran ini bergantung kepada lokasi pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN