Close

Twitter dengan ciri “Edit Tweet” dijangka tiba pada penghujung bulan ini


Ciri yang ditunggu-tunggu selama ini oleh pengguna Twitter dijangka akan tiba pada penghujung bulan ini. Ciri yang dimaksudkan adalah 
ciri “Edit Tweet” yang membolehkan pengguna untuk edit atau sunting pada Tweet yang dibuat.



Sebelum ini, Twitter dilaporkan sudah menguji ciri tersebut dan terkini ciri tersebut dikatakan sudah berapa di peringkat akhir ujian dan dijangka akan mula tersedia tidak lama lagi.


Berikutan dari itu, Akaun Twitter Blue telah memperlihatkan ciri tersebut dan merupakan akaun pertama yang menggunakan ciri tersebut. Melalui Tweet tersebut, ia turut memperlihatkan tanda masa kali terakhir Tweet diedit.


Dengan menekan pada tanda masa kali terakhir Tweet diedit, pengguna boleh melihat Tweet asal dan juga semua pengubahsuaian yang telah dibuat pada Tweet tersebut.


Ciri ini dijangka akan menjadi eksklusif untuk pengguna Twitter Blue dan hanya tersedia di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand sahaja buat masa ini. Memandangkan Twitter Blue tidak ditawarkan di Malaysia, ciri ini berkemungkinan tidak akan hadir untuk pengguna Malaysia.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN