Close

Twitter kini menyokong pelbagai format media diletakkan dalam satu Tweet


Aplikasi Twitter kini menyokong pelbagai format media untuk diletakkan dalam satu Tweet. Yang mana, fungsi tersebut dikatakan sudah boleh digunakan oleh semua pengguna Twitter menerusi aplikasi Android dan iOS.



Melalui fungsi ini, pengguna kini boleh meletakkan pelbagai format media seperti gambar statik, video dan GIF pada satu Tweet. Sebelum ini, Twitter membenarkan pengguna untuk meletakkan sehingga empat gambar dalam satu tweet tetapi tiada cara untuk mengabungkan satu atau lebih media lain seperti video atau GIF.


Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna perlu mengemaskini aplikasi Twitter melalui Play Store atau App Store, bagi mendapatkan versi terkini kemudian melancarkan semula aplikasi untuk menggunakan fungsi tersebut.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN