Close

U Mobile 5G akan mula tersedia pada 3 November ini

Susulah dari pengumuman U Mobile mengenai pemeteraian Perjanjian 5G Acces Aggrement bersama pihak DNB semalam. U Mobile akan mula menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G pada 3 November 2022.

Dengan pemeteraian perjanjian tersebut, U Mobile kini boleh menggunakan fasiliti 5G yang disediakan oleh DNB. Sehubungan dengan itu, U Mobile akan mula menawarkan pelan rangkaian 5G yang akan melibatkan kedua-dua pelan iaitu pascabayar dan juga prabayar.
Antara pelan yang akan menawarkan sokongan 5G adalah U Postpaid 98 (Family Share), U Postpaid 68, dan U Postpaid 38. Sementara untuk pelan prabayar U35 dan U25, pengguna boleh menebus Speed Booster percuma untuk menikmati 5G. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi U Mobile.

ARTIKEL BERKAITAN