Close

Unifi Mobile menawarkan pelan rangkaian 5G tanpa had dengan hanya RM35 sebulan

Unifi Mobile kini menawarkan pelan rangkaian dengan data 5G tanpa had pada harga RM35 sebulan.

Pelan rangkaian ini adalah kemaskini kepada pelan prabayar BEBAS, yang mana sebelum ini pelan tersebut hanya menyediakan rangkaian LTE tanpa had. Kini, pelan tersebut telah di naiktaraf menjadi rangkaian LTE dan juga 5G tanpa had dengan harga promosi RM35 sebulan, harga asal pelan ini adalah RM55.

Walaubagaimanapun, pelan ini belum lagi tersedia. Unifi buat masa ini hanya sekadar mengemaskini pelan sahaja. Pelan ini mungkin akan tersedia tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN