Close

WhatsApp dikatakan lebih selamat berbanding iMessage

Aplikasi WhatsApp dikatakan lebih privasi dan jauh lebih selamat berbanding iMessage yang merupakan aplikasi permesejan dari Apple, menurut Mark Zuckerberg.

Kenyataan itu merujuk kepada beberapa fungsi privasi yang ditawarkan oleh WhatsApp seperti penyulitan hujung ke hujung, backups, disappearing message, dan sebagainya. Yang mana fungsi tersebut tidak ditawarkan pada iMessage. Fungsi ini juga mempunyai keupayaan untuk dijalankan secara merentas platform iPhone dan Android.

Selain Mark Zuckerberg, Will Cathcart merupakan ketua bahagian WhatsApp turut menyatakan perkara yang sama melalui akaun Twitter, mengulas lanjut mengenai fungsi yang ditawarkan oleh WhatsApp.

Meta ketika ini sedang berkempen mempromosikan WhatsApp yang telah bermula sejak Januari lalu. Kempen ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada pengguna mengenai kepentingan penyulitan hujung ke hujung, dan untuk meningkatkan bilangan pengguna WhatsApp di Amerika Syarikat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN