Close

WhatsApp dilaporkan sedang menguji fungsi menyekat tangkap layar pada “View Once”


WhatsApp ketika ini sedang membawakan pelbagai ciri baharu bagi menjamin privasi pengguna mereka. Sebelum ini, WhatsApp telahpun membawakan fungsi “View Once”, yang mana pengguna boleh menghantar foto atau video yang hanya boleh dilihat sekali sahaja oleh penerima.


Terkini, menerusi kemas kini WhatsApp beta 2.22.22.3, WhtasApp telah menyertakan satu lagi fungsi privasi baharu yang mana fungsi tesebut bakal menyekat keupayaan pengguna untuk membuat tangkap layar pada imej atau video View Once.



Seperti imej dikongsi, jika pengguna melakukan tangkap layar pada View Once, hasilkan yang diperolehi hanya skrin hitam dan disimpan seperti tangkap layar pada aplikasi penstriman. Selain itu, fungsi ini juga turut menyekat rakaman skrin pada View Once.


Buat masa ini, ciri tersebut masih lagi di fasa percubaan, ia dijangka akan mula tersedia pada semua pengguna dalam masa terdekat.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN