Close

WhatsApp Groups kini menyokong sehingga 1024 ahli

WhatsApp kini telah menambah had baharu untuk WhatsApp Groups yang mana sebelum ini dihadkan kepada 512 ahli, kini telah di tambah kepada 1024 ahli.

 Dengan penambahan had ahli pada WhatsApp Groups ia dilhat memberikan beberapa kelebihan kepada kumpulan besar, perniagaan atau organisasi.

Fungsi ini dilaporkan telahpun tersedia untuk semua pengguna Android dan juga iOS melalui kemas kini terbaru aplikasi tersebut.

Sebelum ini, WhatsApp telahpun membawakan beberapa fungsi baharu pada WhatsApp Groups seperti membolehkan panggilan video dibuat sehingga 32 ahli, WhatsApp Community dan “Call Link” yang membolehkan pengguna menyertai panggilan dengan hanya menekan link tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN