Close

WhatsApp dilaporkan mengalami masalah dan tidak boleh diakses pada ketika ini

Aplikasi permesejan paling popular di dunia iaitu WhatsApp pada ketika sedang mengalami masalah dan tidak boleh diakses. Masalah ini melibatkan kedua-dua ruang sembang iaitu personal dan juga kumpulan.

Berikutan dari itu, pengguna buat masa ini tidak boleh menghantar atau menerima mesej dari kedua-dua ruang sembang. Selain itu, WhatsApp web juga turut terkesan dan tidak boleh diakses ketika ini.

Masalah ganguan ini telah disahkan melalui laman web DownDetector yang memperlihatkan aplikasi tersebut sedang mengalami masalah untuk diakses. Tidak dapat dipastikan punca utama mengenai isu yang sedang dihadapi oleh WhatsApp ketika ini.

WhatsApp buat masa ini belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai masalah ini. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN