Close

‘Widgets Lock Screen’ dari Google kini tersedia untuk iOS 16


Salah satu fungsi menarik yang terdapat pada iOS 16 adalah sokongan widget pada skrin kekunci. Sehubungan dengan itu, Google turut mengumumkan beberapa widget yang bakal menyokong pada skrin kekunci untuk iOS 16.



Terkini, beberapa aplikasi dari Google telahpun menyokong widget pada skrin kekunci untuk iOS 16. Antara aplikasi yang telah tersedia buat masa ini adalah seperti Google, Gmail, Drive, Maps, New dan Chrome.



Untuk mula menggunakan widget ini, pengguna perlu mengemaskini aplikasi Google melalui App Store pada iPhone. 


iOS 16 telahpun dilepaskan secara menyeluruh di seluruh dunia bermula 12 SeptemberMelaluinya, ia hadir dengan beberapa perubahan baharu pada antaramuka bersama beberapa ciri baharu.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN