Close

Xiaomi Smart Band 7 Pro turut ditawarkan di Malaysia dengan harga RM299

Xiaomi kini mengemaskini kini peranti boleh-pakai mereka dengan membawakan Xiaomi Smart Band 7 Pro untuk pasaran tempatan. Ia kini hadir dengan skrin yang lebih besar bersama sejumlah peningkatan spesifikasi.

Untuk spesifikasi, Smart Band 7 Pro dilengkapi dengan skrin bersaiz 1.64-inci AMOLED dengan kecerahan sehingga 500nits. Turut mempunyai ciri kecerahan automatik dan menggunakan binaan High-gloss frame. Ia juga hadir dengan lebih 150 pilihan muka jam melalui aplikasi fitness.

 

Selain itu, ia turut hadir dengan 3-axis accelerometer, 3-axis gyro dan juga sensor PPG untuk pengesanan kadar degup jantung dan memantau SpO2. Ciri kesihatan seperti penjejakkan tidur, tahap stress dan kitaran haid juga turut dibawakan pada peranti ini. Untuk pilihan mod sukan, ia hadir dengan lebih 110 pilihan dan mempunyai GPS secara terbina.


Dari segi kapasiti bateri, ia hadir dengan bateri 235mAh yang mampu bertahan sehingga 12 hari untuk satu pengecasan penuh. Untuk ketahanan, ia turut menyokong ketahanan air sehingga 5ATM.



Di Malaysia, Smart Band 7 Pro dijual pada tanda harga RM299, ditawarkan dalam dua pilihan warna kerangka iaitu Black dan Ivory, manakala untuk pilihan tali ia hadir dengan lapan warna iaitu Ivory, Olive, Orange, Blue, Black, Pink, Pine Green dan Moon Gray.


Bagi yang berminat, ia kini boleh dibeli bermula hari ini. Sempena hari pelancarannya, Xiaomi menawarkannya harga diskaun iaitu RM279 sehingga 9 Oktober.

ARTIKEL BERKAITAN