Close

YouTube kini hadir dengan antaramuka dan juga fungsi baharu

Google melepaskan kemas kini baharu untuk aplikasi YouTube yang membawakan sejumlah fungsi dan juga antaramuka baharu.

Perubahan baharu pada antaramuka YouTube adalah di bahagian pemain video, hadir dengan warna baharu yang dipanggil sebagai mod ambien. Yang mana, ia merupakan persampelan warna dinamik yang memadankan warna latar belakang aplikasi dengan warna kandungan yang ditonton pengguna.

Menurut YouTube, antaramuka baharu ini akan memberikan pengalaman yang lebih baik seperti menonton televisyen di rumah.

Antaramuka baharu ini turut menjadikan halaman menonton lebih mudah dengan menukar pautan  video penerangan ke dalam bentuk butang dengan rekaan yang lebih minimal dan tidak menggangu. Butang Subscriber juga turut diberikan sentuhan baharu dengan kontras yang lebih tinggi yang lebih mudah untuk dilihat.

Fungsi baharu lain yang turut dibawakan adalah seperti precise seeking, yang membolehkan carian video dibuat lebih tepat pada video yang ingin ditonton semula dengan menyeret kursor atau meleret pada video untuk melihat barisan kecil kandungan video.

Akhir sekali, adalah fungsi Pinch-To-Zoom, membolehkan pengguna untuk zum video yang ditonton bagi membesarkan mana-mana kawasan pada video untuk dapat dilihat dengan lebih terperinci. 

Kesemua fungsi dan juga antaramuka baharu ini dijangka akan mula dilepaskan secara berperingkat bermula minggu ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN