Close

Amazfit Falcon kini ditawarkan di Malaysia dengan harga RM1999

Amazfit kini sedia menawarkan barisan baharu jam tangan pintar mereka melalui Amafit Falcon untuk pasaran. Merupakan jam tangan pintar lasak tetapi membawakan rekaan yang lebih premium dengan menggunakan binaan titanium dan saphire glass.


Amazfit Falcon dilengkapi dengan skrin bersaiz 1.28-inci AMOLED resolusi 416 x 416 piksel dengan kecerahan puncak sehingga 1000 nits. Skrin peranti ini menggunakan binaan kaca jenis sapphire dan turut mempunyai coating anti-fingerprint. Tubuh peranti ini menggunakan binaan jenis titanium sementara tali diperbuat dari liquid silicone.

Peranti ini juga hadir dengan pelbagai penjejakan kesihatan dan kecergasan seperti pengesanan kadar denyutan jantung, tahap oksigen, pemantauan tidur dan stress. Selain itu, ia juga menyokong lebih dari 150 mod sukan dan mampu mengesan lapan jenis senaman secara automatik.



Ciri lain yang turut hadir adalah seperti Bluetooh 5.0, Dwi GPS (L1+L5), WiFi 2.4Ghz, penarafan 20 ATM, pensijilan MIL-STD 810G  dan sebagainya. Bateri 500mAh dimuatkan yang mampu bertahan sehingga 30 hari untuk satu pengecasan penuh.



Untuk harga jualan, Amazfit Falcon dijual pada harga RM1999 dengan setiap pembelian akan menerima Amazfit Bip U Pro secara percuma. Bagi yang berminat, Amazfit Falcon kini boleh didapatkan di kedai rasmi atas talian Shopee dan Lazada. 

ARTIKEL BERKAITAN