Close

Asus ROG Phone 6 Batman Edition turut ditawarkan di Malaysia dengan harga RM4,799


Pada acara pelancaran siri Asus ROG Phone 6D, Asus turut memperkenalkan satu lagi peranti edisi khas iaitu ROG Phone 6 edisi Batman untuk pasaran tempatan.



Asus ROG Phone 6 edisi Batman dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.78-inci AMOLED FHD+, paparan 165Hz dan menyokong paparan HDR10+. Dijana dengan MediaTek Dimensity 9000+ digabungnkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256GB. 



Bagi melengkapkan edisi khas ini, ia turut hadir dengan sejumlah ciri bertemakan Batman seperti gambar latar, animasi pengecasan, antaramuka dengan tema Batman dan lain-lain.


Untuk menjadikan edisi ini lebih ekslusif, Asus turut menyertakan beberapa aksesori menarik bersamanya seperti Batman aero case, Batman ejection pin, aura RGB Batman logo, Bat-Signal projector dan juga kotak khas Batman.



Dari segi harga jualan, Asus ROG Phone 6 Batman Edition dijual pada tanda harga RM4,799 untuk 12GB+256GB. Bagi yang berminat, Asus ROG Phone 6  Batman Edition akan mula ditawarkan pada 25 November 2022.

ARTIKEL BERKAITAN