Melalui jadual kemaskini yang dikongsi, memperlihatkan siri Asus Zenfone 9 adalah peranti pertama yang akan menerima kemaskini Android 13 iaitu pada Disember 2022. Di ikuti siri Asus ROG Phone 6 dan 6D iaitu pada suku pertama 2023.
Manakala siri Asus Zenfone 8, akan menerima kemaskini Android 13 bermula Januari 2020. Manakala, siri ROG Phone 5 dan ROG Phone 5S pula akan menerima kemaskini Android 13 bermula suku ke-2 2023 iaitu antara April hingga Jun.
Namun begitu, harus di ingatkan yang pelepasan kemaskini Android 13 mungkin berbeza bergantung kepada negara pengguna.