Close

Celcom 5G kini tersedia untuk pengguna bermula hari ini


Selepas Unifi Mobile dan U Mobile menawarkan pelan rangkaian dengan data 5G, kini giliran Celcom pula untuk memperkenalkan pelan rangkaian dengan data 5G.


Pelan rangkaian dengan data 5G dari Celcom ini turut melibatkan kedua-dua pelan iaitu pelan Prabayar dan juga Pascabayar. Pelan rangkaian dengan data 5G ini telahpun tersedia untuk pengguna bermula hari ini iaitu 1 November 2022.

Menariknya, Celcom mengatakan tiada sebarang cas tambahan akan dikenakan untuk perkhidmatan rangkaian 5G mereka sehingga 31 Disember 2022. Namun, kuota internet untuk penggunaan 5G tertakluk kepada pelan langganan sedia ada.

Antara pelan rangkaian dengan data 5G yang ditawarkan oleh Celcom.

Pascabayar :

  • Celcom MEGA™ Lightning 188
  • Celcom MEGA™ Lightning 158
  • Celcom MEGA™ Lightning 128
  • Celcom MEGA™ Lightning 98
  • Celcom MEGA™ Lightning 80
  • Celcom Xpax Postpaid 60
  • Celcom Xpax Postpaid 40
Prabayar :
  • Celcom Xpax Prepaid 45 
  • Celcom Xpax Prepaid 35 
Untuk mula merasai rangkaian 5G, pengguna harus menggunakan peranti yang menyokong rangkaian 5G di Malaysia. Dan untuk maklumat lanjut mengenainya, boleh layar laman web rasmi Celcom.

ARTIKEL BERKAITAN