Close

Cip Snapdragon 8 Gen 2 masih tidak setanding A16 Bionic

Minggu lalu, Qualcomm telahpun melancarkan cip andalan mereka yang seterusnya iaitu cip Snapdragon 8 Gen 2. Menurut Qualcomm, cip Snapdragon 8 Gen 2 menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 35%, peningkatan grafik sehingga 25% dan juga kecekapan penggunaan kuasa sehingga 45%.

Walaubagaimanapun, keupayaan cip Snapdragon 8 Gen 2 dilihat tidak setanding dengan A16 Bionic yang digunakan pada iPhone 14 Pro. Bahkan juga tidak setanding dengan A15 Bionic yang digunakan pada iPhone 14.
Melalui keputusan penanda aras Geekbench 5 yang dilakukan, memperlihatkan perbezaan ketara di antara cip Snapdragon 8 Gen 2 dan A16 Bionic. Pada ujian teras tunggal, A16 Bionic mencatat keputusan 28% lebih pantas dengan 1894 dan pada ujian berbilang teras ia mencatat keputusan 14% lebih pantas dengan 5378. Manakala, Snapdragon 8 Gen 2 mencatat 1483 pada teras tunggal dan 4709 pada berbilang teras.
Bukan itu sahaja, A14 Bionic juga dilihat lebih pantas dari Snapdragon 8 Gen 2 pada ujian teras tunggal dengan 1595. Namun begitu, pada ujian berbilang teras Snapdragon 8 Gen 2 dilihat lebih baik dari A14 Bionic dan A15 Bionic.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, cip Bionic dari Apple dilihat lebih baik berbanding dari cip Qualcomm dari segi prestasi. Namun, dari segi aspek keseluruhan, cip Qualcomm dilihat lebih baik berbanding dari Apple Bionic.

ARTIKEL BERKAITAN