Close

Fungsi “Companion Mode” pada WhatsApp dijangka tersedia tidak lama lagi

WhatsApp kini sedia untuk menawarkan fungsi baharu yang membolehkan pengguna untuk menggunakan satu akaun pada dua peranti secara serentak, fungsi ini juga dikenali sebagai Companion Mode.


Menariknya, fungsi ini telahpun tersedia pada WhatsApp Beta pada versi 2.22.24.18, yang mana ia juga boleh dimuat turun dari Google Play Store. 


Untuk melihat fungsi ini, anda boleh pergi ke aplikasi WhatsApp dan lihat jika terdapat pilihan Link a Device dalam skrin pendaftaran untuk memautkan WhatsApp sedia ada pada peranti kedua. Jika ianya sudah tersedia, anda kini boleh menggunakan aplikasi WhatsApp pada peranti kedua.
Jika anda ingin mencuba fungsi ini, perlu diingatkan ia masih lagi diperingkat beta dan mungkin hadir dengan beberapa kekurangan.
Berikutan fungsi ini sudahpun berada di peringkat beta, kami menjangkakan yang versi stabil akan di tidak lama lagi. 

ARTIKEL BERKAITAN