Close

Fungsi mesej diri sendiri kini tersedia untuk semua pengguna WhatsApp

WhatsApp kini sedia menawarkan fungsi baharu untuk pengguna mereka, fungsi baharu yang dimaksudkan adalah fungsi mesej diri sendiri (Message Yourself), yang mana fungsi ini telahpun diuji sebelum ia dilepaskan secara berperingkat.

Seperti namanya, fungsi ini membolehkan anda untuk menghantar mesej kepada diri sendiri dan menjadikan ia sebagai satu medium untuk anda menyimpan perkara penting seperti teks, nota, pautan link, pesanan suara, peringatan dan sebagainya.

Menariknya, fungsi ini tidak memerlukan anda menyimpan nombor dan profil anda boleh di pin ke bahagian paling atas untuk akses yang lebih pantas.

Fungsi ini telahpun tersedia pada kedua-dua platform Android dan iOS. Seperti biasa, untuk mula menggunakan fungsi ini, anda perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp melalui Play Store dan App Store.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN