Close

Garmin Bounce kini rasmi – Jam pintar untuk kanak-kanak yang menyokong LTE dan GPS

Garmin kini sedia menawarkan barisan baharu jam tangan pintar untuk golongan kanak-kanak melalui Garmin Bounce. Merupakan jam tangan pintar pertama dengan LTE dan GPS untuk kanak-kanak, yang mana ia membantu ibu bapa atau penjaga untuk berkomunikasi dan menjejaki anak mereka.

Garmin Bounce ini dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 1.3-inci dengan resolusi 240 x 240 piksel. Menggunakan rekaan empat segi dengan tali jenis silikon. Mempunyai penarafan 5ATM dengan bateri mampu bertahan sehingga dua hari untuk satu pengecasan penuh. 

Selain dari menjejaki, peranti ini juga membolehkan ibu bapa atau penjaga menetapkan kawasan dan akan memberikan amaran apabila anak mereka meninggalkan kawasan yang ditetapkan. Ia juga membenarkan kanak-kanak unutk menghantar lokasi semasa dan memberikan amaran jika dalam kesusahan atau bahaya.
Peranti ini juga boleh digunakan sebagai alat komunikasi melalui mesej teks atau suara secara dua hala. Ibu bapa juga boleh mengaktifkan mod Do Not Disturb untuk mengelakkan gangguan semasa waktu persekolahan.
Seperti jam tangan pintar lain, Garmin Bounce ini turut mempunyai penjejakan kesihatan secara terbina dan juga menyokong penjejakan tidur.
Garmin Bounce ditawarkan dengan harga RM682 ($150) dan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Hitam. Hijau dan Ungu.

ARTIKEL BERKAITAN