Close

Garmin Instinct Crossover dilancarkan dengan bateri mampu bertahan sehingga 70 hari

Garmin menambah penawaran jam tangan pintar mereka dengan melancarkan Garmin Instinct Crossover secara rasmi. Ia merupakan jam tangan pintar analog hybrid tahan lasak dengan sokongan GPS Multisport.

Garmin Instinct Crossover hadir dengan skrin monokrom bersaiz 0.9-inci dengan resolusi 176 x 176 piksel. Sebagai jam tangan pintar lasak, ia mempunyai pensijilan standard ketenteraan (MIL-STD-810) untuk memberikan ketahanan ekstrem dan juga menyokong penarafan air 10ATM. Ia juga mempunyai sensor seperti tekanan, accelerometer, GPS, cahaya dan juga geomagnetik.

Selain itu, ia turut hadir dengan sejumlah fungsi penjejakan kesihatan dan kecergasan secara terbina yang merangkumi aktiviti seperti berbasikal, larian, aktiviti lasak, golf dan lain-lain.

Dari segi ketahanan bateri, untuk versi standard ia mampu bertahan sehingga 28 hari, sementara untuk versi solar ia mampu bertahan sehingga 70 hari untuk satu pengecasan penuh.

Untuk harga jualan, Garmin Instinct Crossover dijual pada harga bermula RM2359 ($499.99) untuk versi standard dan RM2832 ($599.99) untuk versi solar.

ARTIKEL BERKAITAN