Close

Gentari lancarkan pengecas EV 350kW terpantas dan pertama di Asia Tenggara


Malaysia kini mempunyai hab pengecas EV 350kW terpantas dan pertama di Asia Tenggara, yang mana hab pengecas EV ini disediakan oleh Gentari yang merupakan syarikat subsidiari Petronas.

Hab pengecas ini terletak di X Park, Sunway Serene di kawasan Sungai Way Free Trade Industrial Zone. Secara keseluruhan,ia mempunyai 10 ruang pengecasan iaitu tiga ruang untuk DC 350kW, dua ruang untuk DC 180kW, dua ruang untuk AC 22kW dan tiga ruang untuk AC 7kW.

Menariknya, X Park merupakan hab pengecasan pertama di Malaysia yang menerima lesen Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS) dari Suruhanjaya Tenaga. Melaluinya, harga pengecasan dikira mengikut penggunaan kWj iaitu AC RM0.55/kWj, DC 180kW/kWj RM1.00 dan DC 350kW/kWj RM1.20.

Selain X Park, Gentari turut merancang untuk membuka satu lagi hab pengecas yang akan terletak di Bangi Golf Resort. Gentari menyasarkan pemasangan 9000 hab pengecas di Malaysia dan India menjelang tahun 2026.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN