Close

HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Pad X8 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM899

Honor Malaysia kini sedia menawarkan dua lagi peranti untuk pasaran tempatan iaitu Honor MagicBook X 16 dan Honor Pada X8. Kedua-dua peranti ini menawarkan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk.

Honor MagicBook X 16 dilengkapi dengan skrin 16-inci, resolusi 1920×1200, 100% sRGB dan kecerahan puncak sehingga 300 nits. Dijana dengan cip Intel generasi ke-12 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Bateri 60Wh dimuatkan yang mampu bertahan sehingga 11 jam untuk satu pengecasan penuh.

Ciri lain yang turut dibawakan adalah seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, papan kekunci saiz penuh dengan kekunci numerik dan lain-lain. Selain itu, ia juga menyokong fungsi Honor Connect yang membolehkan MagicBook X 16 digunakan bersama telefon pintar Honor.

Untuk Honor Pad X8, ia hadir dengan skrin bersaiz 10.1-inci FHD. Dikuasakan dengan cip MediaTek MT8786 yang digabungkan dengan 4GB RAM, storan dalam sehingga 64GB dan bateri 5100mAh. Melengkapkan peranti ini,ia hadir dengan kamera belakang 5MP dan swafoto 2MP. Menjalankan Android 10 dengan antaramuka MagicUI 6.1.

Bagi yang berminat, Honor MagicBook X 16 akan mula dijual pada 18 November 2022 pada harga RM3499, setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM777. Manakala, Honor Pad X8 akan mula dijual pada 11 November 2022 pada harga RM899, setiap pembelian akan menerima hadiah percuma RM99.

ARTIKEL BERKAITAN