Close

Honor menjadualkan acara pelancaran Honor 80 5G pada 23 November ini

Honor secara rasmi mengesahkan acara pelancaran Honor 80 5G pada 23 November ini di China. Seperti model sebelumnya, Honor 80 5G dijangka akan membawakan kemampuan kamera yang lebih baik dan juga spesifikasi yang dipertingkat.

Buat masa ini tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai spesifikasi Honor 80 5G. Namun, terdapat laporan menyatakan yang peranti ini akan dikuasakan dengan pilihan cip iaitu Dimensity dan Snapdragon.


Sementara untuk fotografi, ia dijangka akan dilengkapi dengan kamera utama 160 MP atau 108 MP bersama dua kamera swafoto 50 MP. Dari segi rekaan, Honor telahpun berkongsi beberapa teaser yang memperlihatkan ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dan terdapat kemasan berjalur pada panel belakang.


Pada bahagian hadapan, ia tampil dengan bezel nipis dengan skrin jenis melengkung pada kedua-dua sisi. Turut dapat dilihat ia membawakan tetapan dwi-kamera untuk swafoto. 

Menjelang hari pelancaran yang akan berlangsung tidak lama lagi, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN