Close

Honor menjadualkan acara pelancaran Magic Vs pada 23 November ini

Selain akan melancarkan siri Honor 80 5G pada 23 November ini, Honor akan turut melancarkan peranti boleh-lipat baharu mereka iaitu Honor Magic Vs. 


Berikutan dari itu, Honor telah berkongsi beberapa imej rasmi yang memperlihatkan Honor Magic Vs. Melalui perkongsian itu memperlihatkan perubahan kecil yang mana ia kini menggunakan sisi jenis rata bukan bulat seperti pada model sebelumnya.


Pada panel belakang terdapat satu bonggol kamera yang menempatkan tetapan tri-kamera. Selain itu, ia juga memperlihatkan yang Honor Magic Vs kini menyokong stylus. Namun tidak dapat dipastikan adakah ia akan tersedia secara terbina atau sebaliknya. 

Dari segi spesifikasi, buat masa ini tiada maklumat yang didedahkan. Namun, menurut beberapa laporan, Honor Magic Vs dijangka akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 atau mungkin Snapdragon 8 Gen 2. Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancaranya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN