Close

Huawei menjadualkan acara pelancaran siri Huawei Nova 10 pada 3 November ini

Huawei kini sedia untuk menawarkan barisan baharu peranti kelas pertengahan mereka melalui siri Huawei Nova 10. Membawakan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik. 

Huawei Nova 10 Pro

Merupakan model paling premium dalam siri Huawei Nova 10, dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.78-inci OLED FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 788 4G yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Bateri 4500mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 100W. Melengkapkannya, tri-sistem kamera dengan sensor utama 50MP + 8MP + 2MP. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 60MP + 8MP.

Huawei Nova 10



Untuk Huawei Nova 10, ia hadir dengan skrin 6.6.7-inci OLED FHD+ dengan paparan 120Hz. Dijana dnegan cip Snapdragon 778 4GB yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP + 8MP + 2MP dan swafoto 60MP. Dimuatkan dengan bateri 4000mAh bersama pengecasan pantas 66W.

Huawei Nova 10 SE

Manakala untuk Huawei Nova 10 SE, ia dilengkapi dengan skrin 6.67-inci OLED FHD+ dengan paparan 90Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 680G 4G yang digabungakan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri 4500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 66W. Untuk fotografi, ia hadir dengan sistem tri-kamera 108MP + 8MP + 2MP dan swafoto 16MP.

Barisan baharu siri Huawei Nova 10 ini akan diumumkan pada 3 November 2022. Maklumat lanjut mengenai harga jualan rasmi dan juga ketersediaan mengenai peranti ini akan diumumkan pada hari pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN