Close

India merancang untuk seragamkan port pengecasan seperti Kesatuan Eropah

Sumber : MacWord

Oktober lalu, Kesatuan Eropah telah mengeluarkan arahan yang mewajibkan kesemua peranti elektronik menggunakan sambungan jenis USB-C menjelang tahun 2024.


Berikutan dari itu, Apple dilihat akur dengan arahan tersebut dan akan mula menggunakan pengecasan jenis USB-C pada siri iPhone 15 dan juga pada produk akan datang. Arahan ini bukan hanya terarah kepada Apple, sebaliknya ia turut akan diguna pada semua jenama peranti elektronik.


Terkini, India dilaporkan akan mengikuti jejak langkah Kesatuan Eropah dengan menyeragamkan sambungan port pengecasan pada semua jenama peranti elektronik yang akan dijual di negara tersebut.


Perkara tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Pengguna, Makanan & Pengedaran Awam India, Rohit Kumar Singh. Menurutnya, satu mesyuarat di antara agensi kerajaan dan swasta telah dbuat untuk membentuk satu persetujuan mengenai penggunaan USB-C sebagai pengecas tunggal untuk semua jenama peranti elektronik.


Perlaksanaan ini dilihat sebagai satu langkah bijak bertujuan untuk mengurangkan pembuangan sisa elektronik dan juga untuk mengurangkan pembaziran. Ia juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada akesori yang tersuai.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN