Close

Ini senarai iPhone yang akan menyokong rangkaian 5G di Malaysia

Malaysia ketika ini sedang mengalami perubahan capaian rangkaian mudah alih daripada teknologi rangkaian 4G kepada teknologi rangkaian 5G. Berikutan dari itu, beberapa syarikat telekomunikasi seperti Unifi, YES, U Mobile dan Celcom telah mula menyedia perkhidmatan rangkaian 5G pada pengguna mereka.


Biarpun buat masa ini, infrastruktur rangkaian 5G belum lagi tersedia secara menyeluruh di Malaysia. Namun, terdapat beberapa lokasi utama telahpun mempunyai akses kepada rangkaian 5G.


Tidak seperti peranti Android, untuk iPhone setiap syarikat telekomunikasi perlu mendapatkan pengesahan dari Apple, seterusnya akan memberikan kemaskini untuk mula menyokong rangkaian 5G.

Buat setakat ini, DNB telahpun mengeluarkan senarai iPhone yang akan menyokong rangkaian 5G di Malaysia. 


Senarai iPhone yang akan menyokong 5G di Malaysia :

  • iPhone 12
  • iPhone 12 Mini
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 13
  • iPhone 13 Mini
  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max


Untuk pengguna siri iPhone 14, anda mungkin perlu menunggu lebih lama sebelum mula menikmati rangkaian 5G di Malaysia. Ini kerana, buat masa ini DNB belum lagi mengeluarkan sebarang maklumat mengenai ketersediaan rangkaian 5G pada model tersebut. 


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN