Close

iPhone 13 Pro dilaporkan menghadapi masalah skrin selepas kemaskini ke iOS 16

iPhone 13 Pro adalah pilihan terbaik selepas iPhone 14 Pro. Usia dan spesifikasinya masih lagi padu, biarpun usianya telah melebihi satu tahun pada hari ini. 

Sumber : Afiq Azril Khairuddin
Namun, langit tidak selalunya cerah. apabila kebanyakkan pengguna iPhone 13 Pro dilaporkan menghadapi masalah skrin yang teruk selepas mengemaskini ke iOS 16. Antara masalah yang dihadapi adalah skrin menjadi tidak responsif, bertukar menjadi hijau atau putih dan berubah warna.
Lebih teruk, selepas menghadapi masalah tersebut peranti terus tidak boleh digunakan, Melakukan proses reboot juga tidak membantu untuk menyelesaikan masalah. Masalah ini dilihat lebih kepada masalah perkakasan berbanding perisian.
Terdapat spekulasi menyatakan yang masalah tersebut berlaku kepada peranti yang menggunakan panel dari LG dan bukannya pada peranti yang menggunakan panel dari Samsung. Namun, spekulasi ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Sumber : Afiq Azril Khairuddin
Buat masa ini, hanya terdapat satu sahaja cara penyelesaian mengenai masalah ini iaitu dengan menuntut jaminan untuk penukaran skrin secara percuma. Namun, untuk pengguna yang sudah tiada jaminan, anda perlu membayar sekitar RM1499 sehingga RM1830 untuk penukaran skrin bagi iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max.
Apple buat masa ini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai masalah ini. Bagi pengguna iPhone 13 Pro, anda disarankan untuk membuat proses backup bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingi berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN