Close

iPhone 15 dilaporkan akan hadir dengan kerangka jenis Titanium

Biarpun, siri iPhone 14 baharu sahaja dilancarkan pada bulan lalu. Namun, telah ada beberapa laporan awal mengenai generasi iPhone seterunsya iaitu iPhone 15.


Sumber : ShrimpApplePro

Terkini, terdapat laporan mengatakan yang Apple mungkin hadir dengan kerangka jenis Titanium pada iPhone 15. Dengan menggunakan kerangka jenis Titanium ia akan menjadikan iPhone 15 lebih premium. lebih kukuh dan juga lebih ringan dari biasa.

Selain dari menggunakan kerangka Titanium, iPhone 15 turut dijangka akan hadir dengan rekaan sudut belakang jenis bulat dan bukannya berkotak seperti mana pada iPhone 14. 

Laporan ini dikatatakan seiring dengan perubahan yang dilakukan oleh Apple pada produk lain seperti MacBook dan juga Mac mini.

Walaubagaimanapun, laporan ini masih lagi terlalu awal. Mungkin akan terdapat perubahan dari masa ke semasa memandangkan pelancaran bagi iPhone 15 masih lagi panjang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN