Close

iPhone dirampas di Brazil kerana gagal memberikan pengecasan


Apple sebelum ini telahpun didenda sebanyak dua kali oleh Kementerian Kehakiman Brazil kerana melanggar kod undang-undang pengguna kerana menjual peranti tanpa pengecasan di dalam kotak pada model iPhone baharu.


Terkini, pihak berkuasa Brazil dikatakan telah merampas iPhone yang dijual di kedai rasmi dan juga pengedar sah rasmi Apple. Rampasan itu dibuat, adalah untuk memaksa Apple mematuhi undang-undang tempatan yang telah ditetapkan.


Berikutan dari rampasan itu, Apple Brazil telah memohon untuk membenarkan penjualan peranti sementara mencari jalan penyelesaian berhubung masalah ketiadaan pengecasan pada model iPhone baharu.


Apple mula tidak menyertakan kepala pengecasan di dalam kotak bermula tahun 2020 iaitu pada siri iPhone 12. Sebab utama Apple tidak lagi menyertakan pengecasan di dalam kotak adalah untuk menyelamatkan alam sekitar.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN