Close

Kamera HUAWEI Mate 50 Pro kalahkan Pixel 7 Pro dan iPhone 14 Pro dalam skor DxOMark

Melalui senarai skor baharu yang di kemaskini oleh DxOMark. Memperlihatkan kamera Huawei Mate 50 Pro berjaya mengalahkan Google Pixel 7 Pro dan iPhone 14 Pro dalam ujian kamera untuk kategori telefon pintar.


Huawei Mate 50 Pro yang tampil dengan sistem pengimejan baharu XMAGE telah mendapat skor keseluruhan 149, memintas jumlah skor Google Pixel 7 Pro di tempat kedua dengan 147 dan iPhone 14 Pro dengan skor 146 di tempat ketiga.
Menurut DxOMark, imej yang dihasilkan oleh kamera Huawei Mate 50 Pro adalah sangat terperinci dan berkualiti tinggi biarpun dalam keadaan kurang cahaya. Kebolehan sistem aperture yang boleh diubah turut memberikan kelebihan dalam mengambil imej potret.
Kamera zum juga dapat mengekalkan perincian yang sangat baik pada semua jarak. Untuk kualiti video, hasil yang diberikan adalah sangat baik dengan keperincian dapat dikekalkan tidak kira rakaman dibuat secara indoor mahupun outdoor.
Namun begitu, kekurangan pada kamera Huawei Mate 50 Pro adalah pada shutter lag yang agak perlahan dan juga imej pratonton tidak sama seperti imej yang diambil.

ARTIKEL BERKAITAN