Kelajuan purata muat turun 5G di Malaysia adalah 16.8 lebih laju berbanding 4G - FUZZ.MY

Monday, November 14, 2022

Kelajuan purata muat turun 5G di Malaysia adalah 16.8 lebih laju berbanding 4G


Opensignal telah berkongsi laporan membandingkan keupayaan rangkaian 4G dan rangkaian 5G di Malaysia. Melalui perbandingan itu, memperlihatkan yang rangkaian 5G di Malaysia adalah lebih baik berbanding 4G.



Menurut Opensignal, keupayaan rangkaian 5G di Malaysia adalah lebih baik dengan kelajuan muat turun 16.8 lebih laju berbanding rangkaian 4G. Selain itu, kelajuan muat naik juga meningkat kepada 6 kali lebih laju iaitu 38.1 Mbps berbanding rangkaian 4G dengan 6.3 Mbps.



Secara purata, kelajuan rangkaian 5G di Malaysia adalah sekitar 284.9 Mbps dengan peningkatan sebanyak 267.9 Mbps atau 16.8 lebih pantas berbanding 4G dengan 16.9 Mbps. Sebagai perbandingan, kelajuan purata 5G di Malaysia adalah 180.2 Mbps (172.2%) lebih tinggi berbanding kelajuan purata 5G di Thailand adalah sekitar 47.7 Mbps (14.3%), sementara 


Biarpun, rangkaian 5G di Malaysia masih lagi baharu, namun peningkatan yang dibawakan adalah lebih baik berbanding rangkaian 4G sebelum ini.


(Sumber)