Close

Kereta EV Ora Good Cat kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM140K

Kereta Elektrik Ora Good Cat kini sedia ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Yang mana, ia dibawa melalui Great Wall Motor.

Ora Good Cat akan ditawarkan dalam empat varian iaitu Pro, Tech, Ultra dan Ultra G. Kesemua varian menggunakan powertrain iaitu motor elektrik jenis tunggal dengan keupayaan sekitar 143 PS dan tork 210 Nm.

Model permulaan bagi Ora Good Cat ialah Tech dan Pro, yang mana ia dibekalkan dengan bateri 47.8 kWh yang mampu bergerak sehingga 400 km. Untuk pengecasan, ia menyokong dua jenis pengecasan iaitu AC dengan 6.6 kW yang mengambil masa lapan jam, sementara DC hanya mengambil masa 46 minit untuk 0% ke 80%.

Manakala untuk model premium pula ialah Ultra dan Ultra G, dimuatkan dengan bateri yang lebih besar iaitu 63.1 kWj yang mampu bergerak sehingga 500 km. Turut menyokong dua jenis pengecasan iaitu AC dengan 6.6 kW yang mengambil masa sepuluh jam, sementara DC hanya mengambil masa 40 minit untuk 0% ke 80%.

Biarpun, bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Namun, harga jualannya masih lagi belum  didedahkan oleh GWM. Terdapat jangkaan yang harga jualan bagi Ora Good Cat akan bermula dari RM140K sehingga RM160K. Buat masa ini, GWM telahpun membuka pratempahan dan telah mencatat 100 pratempahan sehingga hari ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN