iPhone V ini dihasilkan dengan menggunakan komponen dalaman dari beberapa model iPhone yang telah dialih keluar, kemudian komponen tersebut digabungkan dengan casis boleh lipat dari Motorola Razr.
Untuk membolehkan iPhone V ini di lipat dengan sempurna, komponen dalaman dikurangkan dan disusun semula. Selain itu, iPhone V ini menggunakan bateri yang diubahsuai kepada 1000mAh.
Menariknya, iPhone V ini menjalankan sistem operasi iOS dengan keupayaan multi windows. Selain itu, semua fungsi asas seperti kamera, pengecasan, siri dan lain-lain dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.
Untuk menyiapkan iPhone V ia mengambil masa selama 300 hari dan menelan kos yang sangat besar. iPhone V ini adalah versi 0.1 dan bakal hadir dengan versi yang lebih baik pada masa akan datang.