Close

Laporan Apple mahu membeli Manchester United adalah palsu

Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang Apple merancang untuk membeli kelab bola sepak terkemuka dunia iaitu Manchester United dengan harga sekitar  $7 bilion.

Walaubagaimanapun, menurut sumber lain, laporan tersebut adalah palsu dan Apple tidak berminat untuk membeli kelab terkemuka dunia itu,

Biarpun Apple tidak berminat untuk membeli Manchester United. Namun, Apple sebenarnya telahpun terlibat dalam beberapa hak penyiaran sukan seperti MFL dan juga MSL yang ditayangkan di Apple TV+. Selain itu, Apple juga adalah pemegang hak penstriman untuk NFL Super Sunday bermula musim depan.

Spekulasi mengenai Apple ingin membeli Manchester United timbul selepas lembaga kelab tersebut mengumumkan yang mereka merancang untuk meneroka alternatif startegik baharu termasuk potensi untuk menjual kelab tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN