Close

Laporan pembinaan Taman Tema Disney di Melaka adalah palsu

Sebelum ini, Exco Pelancongan, Warisan, dan Kebudayaan Negeri Melaka mengumumkan yang mereka akan membuka Taman Tema Disneyland dalam usaha untuk meningkatkan sektor pelancongan ke negeri tersebut.

Sumber : Hadi Azmi

Terkini, seorang wartawan bernama Heather Chen dari CNN telah mengesahkan, yang House of Mouse tiada perancangan untuk membuka Taman Tema Disneyland di Melaka seperti mana yang diumumkan oleh Exco Pelancongan tersebut.

Dengan pengesahan itu, ia sekaligus menjadikan laporan sebelum ini mengenai pembinaan Taman Tema Disney di Melaka adalah palsu dan hanya spekulasi semata-mata.

Jika perancangan ini benar terjadi, ia bakal menjadi Taman Tema terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan melebihi 80 Hektar.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN