Close

Lebih 11 juta data pengguna WhatsApp di Malaysia dijual oleh penggodam

Menerusi forum komuniti penggodam terkenal, terdapat seorang individu menjual 487 juta pangkala data pengguna WhatsApp yang melibatkan 84 buah negara.


Melalui data yang didedahkan oleh individu tersebut, memperlihatkan lebih dari 11 juta data pengguna WhatsApp di Malaysia turut disenaraikan untuk dijual. 
Individu tersebut tidak mendedahkan bagaimana data tersebut dikumpul dan memberi jaminan kesemua data tersebut adalah pengguna aktif WhatsApp.
WhatsApp sebelum ini melaporkan yang mereka mempunyai dua billion pengguna aktif bulanan di seluruh dunia. Buat masa ini, Meta belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini. 
Sebagai peringatan, pengguna WhatsApp diminta untuk lebih berhati-hati dengan sebarang mesej yang diterima, lebih-lebih lagi pada pengguna yang tidak dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN