Close

Lebih 70% siri iPhone 14 menggunakan panel OLED dari Samsung

Mungkin kebanyakan pengguna iPhone tidak mengetahui yang Apple menggunakan lebih dari dua jenis panel pada peranti semasa. Antara jenis panel yang digunakan adalah Samsung, LG dan juga BOE.

Berdasarkan dari laporan terbaru, Apple dilaporkan akan menggunakan 70% panel Samsung pada siri iPhone 14 berbanding panel LG dan juga BOE. Pemilihan panel Samsung adalah disebabkan oleh LG Display tidak dapat memenuhi permintaan Apple berikutan masalah pengeluaran. 
Apple dikatakan akan menghasilkan 120 juta unit siri iPhone 14, dengan 80 juta daripadanya akan menggunakan panel Samsung, 20 juta akan menggunakan panel LG dan 6 juta akan menggunakan panel dari BOE.
Daripada 80 juta panel Samsung yang dibekalkan, 60 juta akan digunakan pada model iPhone 14 Pro dan selebihnya pada model lain. Tidak seperti panel Samsung dan LG yang digunakan pada semua model, untuk panel BOE ia hanya digunakan pada model iPhone 14 sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN