Close

Maxis dilaporkan masih menilai keperluan 5G

Pada ketika ini, kebanyakkan syarikat telekomunikasi seperti Unifi, YES, U Mobile dan Celcom telah mula menyedia perkhidmatan rangkaian 5G pada pengguna mereka. Namun, perkara tersebut tidak berlaku pada Maxis.

Maxis, yang buat masa ini belum lagi memeterai sebarang perjanjian akses 5G dengan DNB, menyatakan yang mereka masih lagi menilai keperluan 5G dan sedang berusaha untuk menyelesaikan perkara tersebut secepat yang mungkin.

Walaupun begitu, Maxis menyatakan yang mereka sangat komited untuk menyediakan perkhidmatan rangkaian 5G kepada pengguna mereka dan menjanjikan yang perkhidmatan tersebut akan ditawarkan tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN