MediaTek Dimensity 9200 dilancarkan – TSMC 4nm, CPU Cortex-X3 dan GPU Mali-G715 Immortalis - FUZZ.MY

ASUS

Wednesday, November 9, 2022

MediaTek Dimensity 9200 dilancarkan – TSMC 4nm, CPU Cortex-X3 dan GPU Mali-G715 Immortalis


MediaTek melancarkan cip premium mereka yang seterusnya iaitu Dimensity 9200. Merupakan cip yang pertama hadir dengan teras utama Cortex-X3 kelajuan pada 3.05GHz dengan seni bina ARMv9.



Cip Dimensity 9200 ini menggunakan binaan 4nm TSMC generasi ke-2 dengan CPU satu teras Cortex-X3 pada 3.05GHz, tiga teras Cortex-A715 pada 2.85GHz, dan empat teras Cortex-A510 pada 1.8GHz.


Dari segi prestasi grafik, ia menggunakan GPU Mali-G715 Immortalis dengan ciri Ray-Tracing pada perkakasan. Unit grafik ini turut membawakan keupayaan Variable Rate Shading (VRS) iaitu dua kali ganda berbanding model sebelumnya.



Untuk sokongan resolusi, ia menyokong FHD+ 240Hz dan WQHD 144Hz. Dari segi sambungan, ia menggunakan modem Helio 8 yang menyokong rangkaian 5G sub-6GHz. mmWave 5G, Bluetooth 5.3 dan juga WiFi 7.



Dimensity 9200 menawarkan peningkatan prestasi sehingga 12% pada satu teras dan 10% pada multi teras. Sementara untuk prestasi grafik ia menawarkan peningkatan sehingga 32% berbanding Dimensity 9000. Peranti pertama dengan Dimensity 9200 dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2022.


(Sumber)