Close

Microsoft Surface Pro 9 dan Surface Laptop 5 kini ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM5299

Microsoft kini sedia menawarkan Surface Pro 9 dan Surface Laptop 5 untuk pasaran tempatan. Kedua-dua peranti ini menawarkan peningkatan dari spesifikasi dan juga rekaan.

Suface Pro 9



Untuk Surface Pro 9, ia ditawarkan dalam dua pilihan cip pemproses iaitu SQ3 Arm-Powered 5G dengan NPU atau cip Intel Core Gen-12 dengan eGPU. Peranti ini dilengkapi dengan skrin sentuh PixelSense Flow bersaiz 13-inci dengan resolusi 2880 x 1920. Menyokong paparan dinamik 120Hz dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 5.



Untuk sokongan sambungan, Surface Pro 9 5G didatangkan dengan 2x USB-C Port 3.2 dan satu slot kad SIM jenis nano bersama port Surface Connect dan juga papan kekunci surface. Ia juga masih menyokong stylus pen Surface Slim Pen 2. Sementara untuk Surface Pro 9, ia hadir dengan sambungan Thunderbolt 4. Dari segi penggunaan bateri, kedua-duanya menawarkan masa penggunaan sepanjang hari.


Bagi yang berminat, Surface Pro 9 dijual pada tanda harga bermula RM5299 untuk konfigurasi Intel Core i5 8GB+128GB. Ditawarkan dalam pilihan warna Forest, Sapphire, Graphite dan juga Platinium.


Surface Laptop 5


Manakala untuk Surface Laptop 5, ia hadir dengan skrin 13.5-inci dan 15-inci PixelSense yang menyokong Dolby Vision IQ. Dikuasakan dengan cip Intel Gen-12 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB.

Untuk sokongan sambungan, Surface Laptop 5 didatangkan dengan 4x Thunderbolt USB-C, 1x USB-A 3.1, 1x bicu audio dan juga 1x Surface Connect. Dari segi ketahanan bateri, 13.5-inci mampu bertahan sehingga 18 jam dan 15-inci mampu bertahan sehingga 17 jam.

Bagi yang berminat, Surface Laptop 5 ditawarkan dengan harga bermula RM5299 untuk model 13.5-inci, Intel Core i5 8GB+256GB. Ditawarkan dalam pilihan warna Platinum Metal dan juga Black Metal.

ARTIKEL BERKAITAN