Close

Nothing Combo Box bakal ditawarkan di Malaysia dengan harga bermula RM2,668


Nothing Malaysia mengumumkan yang mereka bakal menawarkan pakej baharu yang dipanggil sebagai Nothing Combo Box untuk pasaran tempatan.



Pakej baharu ini mengabungkan dua peranti dalam satu kotak iaitu Nothing Phone (1) dan juga TWS terbaru dari Nothing iaitu Ear (Stick). 



Nothing Combo Box ini hanya ditawarkan pada waktu yang terhad, akan mula dijual pada 4 November sehingga 13 November 2022. Untuk harga jualan, Nothing Combo Box akan dijual pada harga RM2,668 untuk 8GB+128GB dan RM2,968 untuk 12GB+256GB. Setiap pembelian pakej ini akan turut menerima dua lilin yang berbau wangi.


Pakej ini menawarkan penjimatan sehingga RM200, yang mana jika dibeli secara berasing kedua-dua set ini adalah bernilai RM2,868 untuk 8GB+128GB dan RM3,168 untuk 12GB+256GB. Pakej ini hanya boleh dibeli melalui kedai rasmi atas talian Nothing di Shopee dan Lazada.

ARTIKEL BERKAITAN