Close

OnePlus 11 sah akan dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 dan UFS 4.0

Sumber : OnLeaks

Sebelum ini, iQOO, Xiaomi dan Motorola antara pengeluar terawal yang telah mengesahkan akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 pada peranti andalan mereka.


Terkini, OnePlus turut mengesahkan yang mereka akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 pada andalan mereka seterusnya iaitu OnePlus 11. Melalui cip Snapdragon 8 Gen 2, Qualcomm menjanjikan peningkatan prestasi sehingga 35%, peningkatan grafik sehingga 25% dan juga kecekapan penggunaan kuasa sehingga 45%.

 Selain itu, OnePlus turut dijangka akan menggunakan teknologi UFS 4.0 untuk sistem storan dalaman. Melaluinya, ia menjanjikan dua kali ganda kepantasan berbanding UFS 3.1 iaitu 4200MB/s baca dan 2800MB/s tulis. Namun begitu, sistem storan dalaman ini mungkin hanya akan tersedia untuk OnePlus 11 Pro sahaja.

Sebelum terdapat laporan mendedahkan spesifikasi OnePlus 11 Pro, yang mana ia dijangka akan hadir dengan skrin 6.7 inci AMOLED QHD+, paparan 120Hz, 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Tri-kamera sistem dengan kamera utama 50MP + 48MP ultra lebar + 32MP telefoto. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. Bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 100W.

OnePlus dijangka akan melancarkan siri OnePlus 11 pada awal tahun depan di China, dan akan memasuki pasaran global pada suku pertama 2022.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN