OnePlus, Sony dan Xiaomi antara yang terawal menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 - FUZZ.MY

ASUS

Wednesday, November 16, 2022

OnePlus, Sony dan Xiaomi antara yang terawal menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2



Qualcom baharu sahaja mengumumkan cip andalan mereka yang seterusnya iaitu Snapdragon 8 Gen 2 sekaligus menggantikan cip semasa iaitu Snapdragon 8+ Gen 1. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari pelbagai aspek.

Sehubungan dengan itu, Qualcomm turut mengumumkan pengeluar terawal yang akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2.


Antara pengeluar terawal yang akan menggunakan cip ini adalah OnePlus, Sony, Xiaomi, Asus, Honor, iQoo, Motorola, Nubia, Meizu, Oppo, Redmagic, Redmi, Sharp, Sony, Vivo dan ZTE.

Peranti pertama dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2 dijangka akan mula dilancarkan seawal Disember ini. Namun begitu, Qualcomm tidak menyatakan mengenai pengeluar pertama yang akan hadir dengan cip tersebut.