Close

Oppo Find N2 dan Find N2 Flip mungkin akan dilancarkan pada Disember ini

Oppo dilaporkan akan melancarkan generasi kedua peranti boleh-lipat mereka iaitu Oppo Find N2 dan Find N2 Flip pada bulan hadapan. Kedua-dua model tersebut dijangka akan dilancarkan pada acara Oppo INNO Day 2022.

Oppo INNO Day merupakan acara Inovasi tahunan yang diadakan oleh Oppo. Yang mana acara ini akan memperlihatkan pelbagai inovasi dan juga teknologi terkini.

Menurut Digital Chat Station. Oppo Find N2 dijangka akan membawakan rekaan yang sama seperti model sebelumnya. Dilengkapi dengan skrin luar bersaiz 5.5-inci OLED 120Hz dan skrin dalam bersaiz 7.2-inci OLED 120Hz. Menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen, 12GB RAM, 256GB storan, bateri 4520mAh dan pengecasan pantas 67W. Turut hadir dengan cip MariSilicon bersama tetapan tri-kamera belakang 50MP + 48MP + 32MP.

Manakala untuk Oppo N2 Flip, ia dijangka akan dilengakapi dengan skrin luar 3.26-inci dan skrin dalaman 6.8-inci OLED 120Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9000, bateri 4300mAh dan pengecasan pantas 44W. Untuk fotografi, ia akan membawakan tetapan dwi-kamera belakanga 50MP + 8MP dengan kamera swafoto 32MP.

Buat masa ini, spesifikasi kedua-dua peranti ini masih lagi diperingkat awal. Mungkin terdapat perubahan berkenaan spesifikasi pada hari pelancarannya kelak. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan dari masa ke semasa.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN