Sehubungan dengan itu. Apple telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut. Menyatakan yang pengeluaran iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max terjejas berikutan polisi Covid sifar yang dikeluarkan oleh kerajaan China.
Dengan kapasiti pengeluaran yang rendah, Apple menjangkakan kelewatan penghantaran bagi iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max adalah lebih lama berbanding sebelum ini iaitu sekitar 3 hingga 4 minggu.
Dalam masa yang sama, Apple dilaporkan sedang menyelesaikan masalah pengeluaran dengan pembekal untuk mengembalikan tahap pengeluaran seperti sebelum ini.