Close

Peranti boleh lipat pertama dari Apple dijangka akan dilancarkan pada 2024

Apple bakal menyertai arena peranti boleh lipat dan akan mula melancarkan peranti boleh lipat pertama mereka pada 2024.

Perkara tersebut disahkan oleh Samsung Mobile Experience (MX) melalui pertemuan dengan pembekal komponen, dalam masa yang sama turut membincangkan strategi mengenai pasaran peranti boleh lipat. Samsung menganggarkan sehingga 80% kadar pertumbuhan tahunan kompuan (CAGR) untuk peranti boleh lipat menjelang tahun 2025.
Selain itu, Samsung turut berkongsi statistik mengenai trend pengguna di Korea Selatan yang beralihkan dari iPhone ke peranti lipat Samsung dengan kadar yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Biarpun Apple akan mula menghasilkan peranti boleh lipat pada 2024. Namun, iPhone tidak akan menjadi peranti pertama boleh lipat. Sebaliknya, Apple akan bermula dengan tablet atau komputer riba.

ARTIKEL BERKAITAN